Wikipedia Bahasa Melayu Ensiklopedia Bebas

Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan “nilai”. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.

Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Dilansir dari Warta.Digital Manakala oleh slot kerana apa-apa jua permainan boleh dimainkan untuk wang, dan apa jua jenis permainan yang dimainkan untuk wang boleh juga digunakan untuk suka-suka, beberapa permainan biasanya ditawarkan di dalam sesebuah kasino.

Permainan atas meja[sunting | sunting sumber]
Permainan elektronik[sunting | sunting sumber]
Bagi mereka yang ketagih judi, fokus pemikiran mereka adalah pada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara yang lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengkaitkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik. Mereka sentiasa mencari bantuan daripada alam ghaib untuk kejayaan dalam hidup. Contohnya mereka mungkin memberi “batu hikmah” yang “dapat meningkatkan tuah” untuk menjayakan hidup. Pendek kata, perjudian akan mempengaruhi seseorang sehingga berpemikiran magis.

Perjudian akan membawa kepada ketidaktetapan pendapatan kepada seseorang. Ini adalah kerana dalam perjudian, seseorang sentiasanya mengalami menang-kalah secara mendadak dan secara rambang. Tanpa pendapatan yang tetap, seseorang itu sukar untuk menguruskan hartanya dengan baik. Maka tidak hairan bahawa si penjudi sentiasanya mengalami masalah kewangan.[1]

Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab sangat gemar bermain judi, atau disebut mereka sebagai al-Maisir (الميسر). Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi’ah. Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam.[1]

Mazhab Gereja Katolik Romawi menegaskan bahawa perjudian tidak dihalang selagi peluang menang peserta ada kebarangkalian secukupnya, tiada unsur penipuan, serta para peserta tiada pengetahuan keputusan taruhan melainkan ia telah dimaklumkan,[2] selagi para pejudi tiada masalah kalah taruhan, mampu berhenti selagi mencapai had tertentu serta untuk tujuan hiburan semata-mata bukan demi harta.[3] atau mencari nafkah.[4] Para agamawan gereja secara amnya menegah perjudian di kasino atas faktor ia mampu menjebak ke arah ketagihan lagi-lagi dalam kalangan orang miskin serta mendorong kepada kemungkaran lain seperti pelacuran dan rasuah.[5][6][7]

Mazhab-mazhab Protestan berbeza dalam pendapat dan tahap pendekatan terhadap kegiatan ini. Golongan Metodis mengharamkan perjudian kerana ia mendorong ke arah sikap tamak haloba; begitu juga dengan golongan beranutan Quaker,[8]

Ada juga mazhab-mazhab gereja luar konvensional lain yang sependirian dalam sifat haram perjudian seperti Jehovah’s Witnesses, The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints,[9] dan Iglesia Ni Cristo.[10]