Resipi Nasi Butter Sedap Lembut Wangi Hanya Guna Beras Biasa

* Nur
* February 3, NurFebruary 3, 2020 Nasi Butter atau Nasi Mentega memang sedap. Rasa lemak-lemak masin dan wangi menjadikan kita begitu berselera. Anak-anak pun suka. Biasanya Nasi Butter ni dihidangkan bersama Kurma Telur, Ayam Masak Merah dan Jelatah. Kadangkala, tak perlu lauk pun dah boleh buat si kecil makan dengan banyak. Bagi anda yang nak cuba, resipi perkongsian saudari Ismi Yatie Ummu Haziq ni antara yang mudah.

CARA MASAK NASI BUTTER YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

* 6 pot (cawan sukatan) beras – boleh juga guna basmathi
* 125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
* 1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
* Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
* Sedikit garam
* Daun ketumbar – jika suka

BAHAN KISAR:

* 1 biji bawang besar (biasa)
* 4-5 ulas bawang putih
* 2-3cm halia
* 1 batang serai – ketuk
* 1-2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.

2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.

3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi. ( empunya resipi guna beras biasa sahaja)

4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat @ susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.

5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Set ‘’setting’’ seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.

6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ismi Yatie Ummu Haziq

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:

> Resipi Nasi Arab Paling Mudah Masak Guna Rice Cooker.

> Sangat Mudah…Ini Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker.