Petua Kurus Dalam Masa Seminggu Ini 7 Cara Yang Boleh Anda Buat

#4. Bersenam dan bersukan
Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

#5. Teruskan aktif walaupun bukan pada waktu bersukan

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, anda masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif.

Ubah gaya hidup anda kepada cara hidup yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

Jika pejabat anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan tangga berbanding lif.

Jika anda berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah.

#6. Petua kurus – Intermittent fasting atau berpuasa sekejap
Salah satu petua kurus untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting.

Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian.

Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan.

Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan.

#7. Petua kurus – Kurangkan berat air dalam tubuh
Terdapat beberapa kaedah untuk kurangkan berat air dalam tubuh anda yang boleh membuatkan anda lebih kurus dan ramping.

Salah satunya adalah dengan cara meminum kopi.

Kopi adalah salah satu minuman yang dikenali mengandungi kandungan kafein.

Kafein boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.

Kesimpulan
Jika anda dapat mengikuti dengan baik 7 petua ini, maka anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan.

Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah selamat kepada tubuh anda.