Cara Membesarkan Payudara Secara Tradisional

Ini petua yang mesti diamalkan oleh wanita yang mahu suami bertambah-tambah sayang. Petua membesarkan payudara ini antara amalan turun-temurun wanita dahulu.

Pada masa dahulu bukannya ada pun pembedahan implan membesarkan buah dada. Tapi lihat saja foto-foto lama perempuan dulu-dulu. Kebanyakannya punya payudara yang mantap.

Zaman sekarang ni dengarnya ramai yang berhadapan masalah payudara kurang molek, betul ke?

Sebahagian perempuan risau dengan keadaan payudara yang kecil dan leper.

Kerisauan tersebut mungkin berpunca ekoran pengaruh iklan.

Andai ada yang sangsi dan coba menyangkal kehebatan pengaruh iklan tu hmm… perhatikan lah iklan yang ada model-model wanita.

Di Malaysia mungkin tidak begitu ketara tapi lihat sajalah iklan-iklan luar negara…

(Nota tangan: Salah satu hobi chepetua ialah melayan iklan-iklan overseas dalam youtube ngeh..ngehh).

Apa pandangan sekalipun, biarpun ada yang punya payudara besar atau kecil seharusnya ingat bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.

So tak perlu lah nak risau keterlaluan.

Bahkan wanita yang memiliki payudara leper dan kecil pun sebenarnya ada kelebihan tersendiri.

Menurut ahli psikologi, wanita yang punya payudara bersaiz kecil lazimnya lebih pintar berbanding mereka yang memiliki buah dada besar.

Wanita yang berbuah dada kecil ni kekadang tu mungkin kerana tak cukup zat sebab asyik berdiet ahaks…

Oleh itu mengkalau ada yang punya berat badan yang kureng dari normal disarankan berusaha meningkatkan kembali berat ke tahap yang ideal.

Moga-moga saiz payudara akan kembali ke saiz normal ikut kesesuaian tubuh badan.

Faktor keturunan juga turut memainkan peranan.

Kebiasaannya kalau kedua-dua ibu dan bapa bertubuh kurus maka kebarangkalian adalah sangat tipis untuk anak gadis memiliki tubuh besar hatta saiz buah dada yang besar.

Anyway bagi yang berhasrat memiliki payudara yang lebih berisi dan mantap boleh cuba petua berikut.

Sediakan bahan-bahan berikut untuk dibancuh:

i. 2 ruas halia segar.

ii. Satu gelas susu segar .

iii. Satu sudu teh gula.

Bersihkan dan kupas halia.

Panaskan susu dan campurkan halia yang telah dikupas ke dalam susu.

Tambahkan gula dan kacau.

Amalkan minum ramuan istimewa tersebut setiap hari sebelum tidur.

Tempoh kemujarabannya berbeza mengikut individu.

Ada yang ambil masa berminggu-minggu.

Ada pula yang berbulan-bulan baru nampak hasilnya.

Tapi kalau setakat minum sehari dua lepas tu berhenti ataupun minum sebulan sekali kompom tak akan nampak sebarang kesan.

Petua Tegangkan Payudara

Ada pula yang alami masalah buah dada kendur dan kurang tegang.

Sebahagian wanita biasa mengalaminya selepas bersalin.

Sebahagian ibu yang lain tak pula berhadapan masalah sedemikian malahan payudara bertambah besar dan tegang sebab menyusukan anak.

Itu salah satu kelebihan breastfeeding.

Adapun sesetengah wanita muda turut alami masalah payudara kendur.

che petua kata begitu sebab perasan sesetengah wanita yang tempek tisu dalam bra agar buah dada kelihatan lebih menggunung.

Buah dada yang kendur dan kurang montok boleh jadi juga berpunca daripada masalah hormon.

Oleh yang demikian elok kiranya check dengan doktor bertauliah.

Penjagaan buah dada nie penting dik ooiii, bagi yang sudah berumahtangga tu mesti faham kan.. hihi..

Okey, apa-apa pun kita seharusnya berikhtiar kan.. kalau ada cara moden kita cuba asalkan tak memberikan kesan-kesan negatif..

Dan kalau nak amalkan cara tradisional yang rasanya lebih menjimatkan dan terbukti berkesan buat sesetengah orang yang dah lama mengamalkannya, bolehlah dicuba beberapa petua berikut:

Ambil beberapa helai daun sirih Melayu iaitu yang berdaun lebar dan warna hijau. Kendian sapukan minyak kelapa pada daun sirih pada bahagian atas. Lepas tu salaikan pula daun yang telah disapu minyak tu dengan api lilin dan masa ia masih suam-suam panas tu tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali.

Ada pun petua yang lain kalau susah nak dapatkan daun sirih ialah dengan menggunakan putih telur. Pecahkan telur dan ambil bahagian putihnya saja. Yang kuning tu pepandailah korang nak buat apa pun..hehe..

Ok… putih telur tu perlu disapu dan ratakan di sekeliling buah dada. Kendian biarkan ia menegring dengan sendiri. Seeloknya amalkan pada sebelah malam dan biarkan ia kering dengan sendiri sampai ke pagi. Cuba amalkan sekurang-kurangnya setiap dua malam dan dalam beberapa hari insyaAllah uols boleh lihat perubahannya. Sungguh hebat…

Tapi bagi yang masih menyusu anak tu jangan lak dibiar sampai ke pagi kay.. dibuatnya baby nangis malam-malam nak susu badan.. tak ke haru… hehe..