CARA DAFTAR SHOPEEFOOD PARTNERMERCHANT Kedai Makan Restoran

CARA DAFTAR SHOPEEFOOD PARTNER/MERCHANT (Kedai Makan & Restoran)

Buat para peniaga makanan, terkini Shopee telah perkenalkan ShopeeFood melalui beberapa agen untuk pendaftaran, dan kini dilihat turut menyediakan sebuah halaman khas bagi membolehkan para pekedai mendaftar sendiri penawaran mereka bersama pihak Shopee.

Bagaimna cara untuk daftar ShopeeFood? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU SHOPEEFOOD

Shopee Food adalah perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang dimiliki oleh Shopee. Pengguna dapat memesan makanan menggunakan aplikasi Shopee. Bagi peniaga kedai makan, boleh melakukan pendaftaran dimana seterusnya pihak Shopee akan memproses permohonan dan meluluskannya sekiranya berjaya.

Antara peniaga makanan yang boleh berdaftar adalah:

* Pemilik restoran,
* Kafe
* Gerai
* Trak makanan
* Gerai penjaja

KELEBIHAN MENJADI SHOPEEFOOD PARTNER

Berikut adalah merupakan kelebihan menjadi ShopeeFood Partner:

1. Sepadu secara langsung dengan aplikasi mudah alih Shopee 1. Jangkau berjuta-juta pengguna Shopee tanpa memerlukan pelanggan memuat turun aplikasi penghantaran makanan yang lain.

2. Tawaran Makanan Shopee Istimewa & promosi sepanjang tahun 1. Tingkatkan penjualan & pendapatan anda dengan memanfaatkan kempen pemasaran ShopeeFood yang hebat sepanjang tahun

3. Menjadi peneraju pasaran & mengembangkan perniagaan anda dengan pantas 1. Dengan berjuta-juta pengguna Shopee yang aktif, anda dapat mempercepat pertumbuhan perniagaan anda dengan serta-merta & menjadi peneraju pasaran dengan asas pengguna Shopee yang berkualiti

MUAT TURUN APLIKASI SHOPEEFOOD PARTNER

Sekiranya anda ingin menjadi ShopeeFood Partner, seharusnya anda install aplikasi ShopeePartner terlebih dahulu. Berikut adalah pautan aplikasi

* Play Store bagi pengguna Android
* Apple Store bagi pengguna IOS

CARA DAFTAR SHOPEEFOOD PARTNER

Sekiranya anda ingin daftar perniagaan anda sebagai ShopeeFood Partner, berikut adalah merupakan caranya:

Langkah 1

klik pada butang daftar sekarang di halaman ini untuk mengisi semua maklumat perniagaan anda dalam borang pendaftaran DI SINI

Anda juga perlu menyediakan dokumentasi perniagaan yang diperlukan berdasarkan jenis perniagaan anda di bawah

hak milik tunggal / perkongsian / perkongsian liabiliti terhad (LLP) / syarikat berhad atau awam terhad (Sdn Bhd / Bhd)· ic pemilik / pengarah (depan dan belakang)· Maklumat akaun bank (salinan penyata bank perniagaan utama)

· gambar restoran / premis anda yang jelas menunjukkan nama / jenama restoran atau premis anda

· Terma dan syarat umum ShopeeFood (sila muat turun dan tandatangani dokumen)

individu / penjaja / peniaga / pemilik gerai / pengusaha trak makanan· ic pemilik / pengarah (depan dan belakang)· Maklumat akaun bank (salinan penyata bank perniagaan utama)

· gambar gerai dengan pemilik gerai di hadapan gerai

· gambar atau kawasan depan kedai / kedai / kedai / dapur & makanan

· Terma dan syarat umum ShopeeFood (sila turun dan tandatangani dokumen)

Langkah 2

Setelah anda berjaya menghantar borang, pihak Shopee akan mula menyemak & memproses permohonan anda

Langkah 3

Jika permohonan anda berjaya, pihak Shopee akan membuat akaun untuk anda di sistem ShopeeFood dan satu set kelayakan masuk akan dihantar kepada anda melalui e-mel

Langkah 4

Setelah akaun anda disediakan, anda perlu memuat naik menu makanan anda melalui pautan yang ShopeeFood hantarkan kepada anda melalui e-mel

Langkah 5

Setelah menerima menu makanan anda, ShoppeFood akan melakukan semakan dan mungkin menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat / pengesahan tambahan jika perlu. Setelah menu makanan anda melepasi garis panduan menu makanan ShopeeFood, anda akan dapat melihatnya di App ShopeePartner

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Partner, anda boleh:

ARTIKEL LAIN

SHOPEEFOOD RIDER:CARA DAFTAR JADI RIDER DAN SYARAT