Cara Buat Puding Roti Dan Sos Vanilla Kastard Creamy Sesuai Untuk Menu Minum Petang Anda Sekeluarga

Bagi peminat puding, menu ini sangat sesuai untuk anda. Apa kata kita cuba buat puding roti dan sos vanilla kastard creamy ini dirumah. Sesuai juga dihidangkan untuk menu minum petang anda sekeluarga.

Kebiasaannya puding akan dibuat bila ada roti yang dah nak expired dan tak lalu nak dimakan bersama jem. Roti tersebut akan dijadikan puding dan dihidang bersama sos kastard. Hidangan yang sedap dimakan sejuk-sejuk.

Puding roti ini juga boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Ada yang kukus, ada juga menggunakan kaedah bakar. Kedua-dua teksturnya agak berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai keenakan dan penggemarnya yang tersendiri.

Walaupun roti gardenia sungguh enak dimakan begitu saja, tetapi bila seringkali dimakan bersama jem atau dicicah bersama milo tetap juga membosankan. Jadi, apa kata kita ubah suai roti gardenia yang ada tu kepada puding roti bakar.

Cuma perlu ikuti saja perkongsian resepi dari Cik Puan Fairuz Abu Hassan. Roti gardenia anda akan bertukar menjadi satu hidangan yang cukup enak dan menyelerakan. Confirm laju je habis roti tu. At least takdelah kita membazirkan.

RESEPI PUDING ROTI DAN SOSVANILLA KASTARD CREAMY
Tekstur sos vanilla kastard yang akan dibuat ini sangat creamy dan sedap dari biasa. Ini kerana sos kastard yang dihasilkan telah digabungkan dengan rasa vanilla. Nak tahu sedap ke tak, jom kita cuba masak!

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan utama:
* 5keping roti Gardenia (atau apa-apa jenis roti)
* Butter (untuk sapu pada permukaan roti danpermukaan loyang pembakar)

Bahan untuk rendam roti:
* Sebiji telur (saiz sederhana)
* 3 sudu besar gula pasir
* 200 ml susu segar
* 2 sudu kecil esen vanila
* 3 sudu besar tepung jagung
* Setengah cawan kismis (ikut suka nak letak banyak atau sikit)

Bahan sos vanilla kastard:
* 1 tin susu cair
* 1 sudu besar esen vanila
* 1 sudu besar tepung kastard
* 2 sudu besar gula pasir
* Secubit garam

CARAPENYEDIAAN PUDING ROTI DAN SOSVANILLA KASTARD CREAMY:
Cara penyediaan puding roti :
▶️ Sapukan butter pada permukaan loyang. Kemudian, sapu pula butter pada permukaan roti.

▶️ Potong roti kepada saiz kecil atau ikut bentuk yang anda suka. Susun potongan roti kedalam loyang dan ketepikan.

▶️ Kacau telur dalam bekas yang sesuai. Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.

▶️ Kemudian, masukkan susu segar, esen vanila, tepung jagung dan kacau lagi hingga sekata.

▶️ Tuangkan dalam loyang roti. Biar roti terendam selama 30 minit.

▶️ Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 30 minit. Suhu dan masa mesti bergantung kepada keadaan oven masing-masing.

▶️ Untuk tahu puding roti betul-betul masak, tunggu warna permukaan atas roti naik tinggi dan jadi perang keemasan. Cucuk dengan lidi pastikan bahagian dalam puding masak sempurna.

Cara penyediaan sos vanilla kastard:
▶️ Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau dulu hingga gula dan tepung kastard larut untuk mengelakkan sos berketul.

▶️ Kemudian, masak atas api sederhana. Sentiasa kacau guna senduk kayu sehingga sos menjadi sedikit likat.

▶️ Siap untuk dihidang!

BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Cabe Ijo Yang Paling Sedap. Confirm Terangkat Dibuatnya!
Curahkan sos vanilla kastard yang dah siap itu di atas puding roti. Boleh terus dimakan dan boleh juga di sejukkan dalu dalam peti. Makan sejuk ataupun suam tetap enak rasanya. Ikut citarasa masing-masing ye.

Yang paling penting, puding ni sangat sedap! Roti yang dah nak expired jangan dibiarkan. Cepat-cepat cari resepi yang menggunakan roti. Nak buat puding macam ni pun okey sangat. Elakkan pembaziran. Musim pkp ni ramai orang yang susah.

Ada banyak lagi resepi yang menggunakan roti yang boleh anda cuba. Jangan biarkan roti expired dan terbuang lagi. Semoga resepi puding roti dan sos vanilla kastard creamy ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!