Cara Buat Donut Gebu Dan Lembut

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan cara buat donat lembut dan gebu yang menjadi kegemaran ramai. Kepada anda yang teringin ketahui cara buat donut sedap, anda boleh ikuti perkongsian resipi donat dari Zurina Kifli ini.

Cara Buat Donat
Ikuti langkah di bawah ini untuk resipi donat gebu.

Cara Buat Yis
Bahan Perapan Yis

* 1 1/2 cawan air suam – isi dalam gelas besar @mangkuk untuk elak buih yis melimpah
* 2 sudu makan gula pasir
* 1 sudu makan yis [email protected]
* 1 biji kuning telur gred [email protected] biji kuning telur B yang dibuang pusat & dikacau terlebih dahulu (rahsia lembut gebu)

Bahan-Bahan Buat Donat

* 4 cawan tepung gandum – ayak (Empunya resipi guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
* 1/2 sudu teh garam halus
* 2 sudu makan shortening
* 2 sudu makan marjerin (kalau tak ada Shortening boleh guna 3 sudu makan marjerin,cairkan dan biar sejuk)
* 2-3 sudu makan susu tepung Nespray
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada ( empunya resipi guna pelembut serbaguna Cream Super).
* Sedikit air jika perlu

Cara Masak Donat
1. Satukan air suam dan gula. Kacau hingga gula larut.

2. Masukkan yis dan kacau sekejap. Biarkan selama 15 minit atau hingga berbuih.

3. Bila yis dah berbuih, campurkan kuning telur dan kacau sebati. Ketepikan.

4. Satukan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Gaul rata.

5. Tuang perapan yis yang sudah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.
(Kalau doh rasa ok, tak perlu tambah air lagi. Doh mesti lembut dan sedikit melekit).

6.Terus uli dengan cara tarik tolak doh (seperti memberus baju) hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.
(Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas sekali sekala dan picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit).

7.Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Pada masa ini doh sudah tak melekat pada tangan.

8.Tutup bekas doh dengan [email protected] lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.

9.Apabila doh dah cantik kembang, tekan @ tumbuk perlahan-lahan untuk buang angin dan bolehlah dibentuk atau direrap guna acuan donat.
(Sentiasa lumur tepung pada tangan supaya doh tak melekat.)

10. Dah siap bentuk, rehatkan doh lebih kurang 30 minit bergantung suhu ruang.
(Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar. Jangan rehat doh sampai terlebih kembang kerana nanti donat akan mengecut, lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.)

11. Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak dan salut gula.

Gula Salut Donat
Bahan-Bahan Gula Salut Donat

* 1/2 cawan snow Powder @dusting powder
* Sedikit gula kastor

Cara Salut Donat

1. Satukan kedua-dua gula dan kacau rata.
2. Letak donat yang telah digoreng dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik