10 Resepi Puding Roti Simple Tapi Terlajak Sedap

Mencari resepi puding roti yang sedap?

Wah, memang best kalau petang-petang dapat makan puding roti. Puding roti ini bertambah sedap jika kena dengan sos kastardnya. Tetapi masalahnya susah hendak cari resepi yang betul bukan mudah.

Untuk itu, berikut kami kongsikan 10 resepi puding roti simple tetapi terlajak sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Teruskan membaca!

#1 Puding Roti Kukus & Sos Kastard
Imej via Facebook

Puding roti sos kastard merupakan antara resepi puding roti yang paling popular. Rasanya yang berlemak sememangnya membuatkan ramai ketagih dengannya. Resepi ini dikongsikan oleh Hasmizah Hassanudin di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* 8-9 keping roti putih (lebih pun boleh)
* 3 biji telur
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar gula (nak manis, boleh tambah)
* 1 sudu esen vanila
* Mentega sikit
* Kismis *optional
* Cip coklat *optional

Bahan sos kastard:

* 1 tin susu cair
* ½ tin air (sukat sahaja ikut tin susu)
* 3 sudu besar gula (nak manis, boleh tambah)
* 1 sudu esen vanila
* 3 sudu tepung kastard
* Secubit garam

Cara-cara:
1. Potong roti putih bentuk kiub.
2. Sapukan mentega di sekeliling loyang.
3. Kemudian, sapukan mentega pada roti dan susun rapat di dalam loyang.
4. Masukkan susu cair, telur, esen vanila, gula ke dalam bekas. Kemudian, kacau adunan dengan perlahan hingga sekata.
5. Dah siap adunan tadi, curahkan terus dalam roti di dalam loyang.
6. Tekan tekan sedikit supaya semua roti sebati dengan adunan tadi.
7. Setelah semua roti sudah serap adunan, boleh masukkan cip coklat atau kismis.
8. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kemudian kukus adunan selama minit. Ketepikan.
9. Untuk sos kastard, menggunakan api sederhana, masukkan semua bahan untuk sos kastard ke dalam periuk. Kacau sehingga menjadi likat.
10. Sedia untuk dihidang.

#2 Puding Roti Karamel
Imej via Facebook

Kami yakin resepi ini pasti dinanti-nanti oleh ramai pembaca. Bukan sahaja kerana rasa karamel manis yang menyelerakan, malah resepinya juga cukup mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Hajarul Aina di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
* 5 keping roti gardenia
* 3 biji telur
* 1 cawan air suam
* 1 cawan susu cair
* ½ cawan susu pekat
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula menjadi perang.
2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar air panas. Kacau hingga sebati dan matikan api.
3. Tuang terus ke dalam bekas dan ketepikan.
4. Panaskan pengukus.
5. Carik-carikkan roti kemudian kisar bersama air suam, susu, telur & esen vanila hingga sebati.
6. Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus selama 45 minit.

#3 Puding Marble
Imej via Facebook

Selalu kita terdengar nama kek marble, kali ini apa kata anda cuba resepi puding roti marble pula? Kelihatan seperti susah untuk dibuat, namun cara penyediannya mudah sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Fatimah Ali di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* 18 g atau 2 paket agar-agar tali*
* 1 cawan gula pasir*
* 1 sudu kecil esen vanila*
* 6 cawan air*
* 4 sudu besar marjerin atau mentega
* 3 sudu besar serbuk koko
* 2 jenis pewarna mengikut kreativiti

Bahan kisar:

* 8 keping roti (dibuang kulit dan disiat-siatkan)
* 4 biji telur
* 2 tin susu cair
* 1 cawan susu pekat
* 2 cawan air

Cara-cara:
1. Masak bahan bertanda * hingga larut.
2. Setelah agar-agar sudah larut, masukkan bahan kisar hingga mendidih sebentar.
3. Masukkan mentega atau marjerin dan masak lagi hingga mendidih. Matikan api.
4. Bahagikan kepada tiga bahagian.
5. Letakkan serbuk koko pada satu bahagian dan sebatikan. Dua bahagian lagi diletakkan pewarna yang berbeza.
6. Basahkan acuan dan masukkan ke dalam acuan mengikut kreativiti.
7. Sejukkan puding dan keluarkan daripada acuan.

#4 Puding Roti Lapis Kastard
Imej via Facebook

Berbeza dengan puding roti sos kastard, puding ini mempunyai lapisan kastard di atasnya. Bunyi menarik, bukan? Cuba sahaja buat sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Suriea Mohd Noor di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* 8 keping roti (dicarik-carik atau dipotong)
* 2 cawan susu segar/susu cair
* 3 sudu besar gula
* 2 sudu besar susu pekat *optional
* 2 sudu besar mentaga cair atau minyak masak
* 2 biji telur saiz AA
* Garam secukupnya
* Kismis secukupnya

Bahan lapisan puding kastard:

* 7 g agar-agar serbuk
* 2 cawan air
* 150 g gula
* 200 ml susu cair
* 3 sudu besar tepung kastard (campurkan sedikit air untuk larutkannya)
* 1 sudu teh esen vanila
* Secubit garam
* Pewarna

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan di atas kecuali roti dan kismis.
2. Kisar sebati dan masukkan semua bahan kisar dalam bekas lain.
3. Masukkan ke dalam adunan susu tadi.
4. Lapiskan dengan kismis.
5. Bila roti dah serap pada adunan susu, masukkan ke dalam loyang yang dah disapu mentega dan lapik baking paper.
6. Tekan sikit untuk ratakan atas roti.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api atas bawah.
8. Bakar dengan kaedah water bath selama 45 minit atau sehingga puding masak bergantung pada jenis oven masing-masing.
9. Sedia untuk dihidang.

#5 Puding Roti Tembikai
Imej via Facebook

Kelihatan seolah-olah puding tembikai, namun anda hanya perlu menggunakan pewarna sahaja untuk menghasilkan puding ini. Mudah dan semestinya sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Zaihanififie Abu Bakar di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* Pewarna hijau
* Pewarna merah
* Pewarna plain
* 1 bungkus atau 10 g agar-agar serbuk

Bahan kisar:

* 4 keping roti
* 1 cawan susu krim penuh
* ½ cawan air
* ½ cawan gula
* ½ sudu kecil esen vanila
* Secubit garam

Cara-cara:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Setelah mendidih, tambahkan 3 cawan air dan sebungkus agar-agar serbuk. Kacau hingga mendidih.
3. Bahagi kepada 3 bekas dan masukkan warna berlainan bagi setiap bekas (hijau, merah dan plain).
4. Tuang adunan hijau dlm loyang. Kemudian, tuang adunan plain di tengah-tengah adunan hijau tadi.
5. Akhir sekali, tuang adunan merah di tengah-tengah adunan putih.
6. Tabur biji selasih pada adunan merah sebagai biji tembikai.
7. Sejukkan di dalam peti ais.
8. Sedia untuk dihidang.

#6 Puding Roti Zebra
Imej via Facebook

Ini juga merupakan variasi puding marble, tetapi versi coklat. Bagi penggemar coklat, anda wajib cuba resepi puding roti zebra ini. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Mar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A (dikisar):

* 4 keping roti (dibuang kulit)
* 180ml susu krim penuh
* 1 cawan susu cair
* 1 cawan susu pekat
* 1 biji telur
* Sedikit esen vanila

Bahan B:

* 2 ½ cawan air
* 1 sudu gula besar
* 1 paket agar-agar (atau 10 g)

Bahan C/lapisan coklat:

* 2 sudu besar serbuk koko
* 3-4 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
1. Masak bahan B hingga gula mencair.
2. Masukkan bahan A (bahan kisar) dan pastikan sentiasa kacau sehingga pekat.
3. Setelah hampir mendidih, matikan api.
4. Masukkan separuh adunan ke dalam bekas lain (untuk adunan putih).
5. Untuk lapisan coklat, campurkan kesemua bahan C dan sesuaikan rasa.
6. Campurkan semua bahan dan corakkan mengikut kreativiti.
7. Sejukkan dahulu.
8. Sedia untuk dihidang.

#7 Puding Roti Sardin
Imej via Facebook

Asyik buat puding roti yang manis sahaja, apa kata anda cuba buat puding roti jenis savoury pula? Untuk itu, cubalah resepi puding roti sardin ini. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* 1 tin besar sardin
* 1 biji bawang besar saiz sederhana (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dicincang)
* 1-2 sudu besar cili kisar – ikut suka nak pedas
* 1 ½ cawan susu segar
* 3 biji telur
* Mentega/marjerin
* Cili merah (dihiris)
* Daun sup/daun bawang (dihiris)

Cara-cara:
1. Asingkan isi ikan dari kuah dan lenyek hancur (kuah jangan dibuang).
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan bawang hiris dan kacau sekejap. Kemudian, masukkan isi sardin.
5. Tambah perasa mengikut selera anda dan masak hingga kering.
6. Sejukkan sebentar.
7. Sapu mentegar pada roti dan potong empat bahagian.
8. Susun roti dalam loyang 8 inci yang sudah disapu mentega.
9. Tabur isi sardin, cili merah dan daun sup.
10. Susun lagi roti dan tabur bahan isi (1-6) tadi di setiap lapisan roti.
11. Di dalam bekas lain, satukan susu segar, telur dan kuah sardin. Kacau rata.
12. Tuang dalam loyang berisi roti tadi dan biarkan selama 10 minit. Tekan sedikit bahagian atas supaya susu meresap ke dalam roti.
13. Taburkan keju di atas adunan.
14. Bakar pada suhu 180°C api atas bawah selama 50 minit. Letak loyang pada bahagian bawah sekali di dalam ketuhar. Pada 10 minit pertama, guna api atas bawah. 35 minit seterusnya, guna api bawah sahaja dan 5 minit terakhir guna api atas sahaja.
15. Sedia untuk dihidang.

#8 Puding Roti Kukus
Imej via Facebook

Ingin cuba resepi puding roti yang paling ringkas? Cuba sahaja buat puding roti kukus ini. Bahan-bahannya ringkas dan cara penyediannya sangat mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Liza Eliz di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* 1 tin susu cair
* 5 biji telur
* 5 sudu besar gula (ikut kemanisan, boleh tambahkan kalau suka manis)
* 1 sudu besar esen vanila
* 7-8 keping roti (dicarik-carik)

Cara-cara:
1. Pecahkan telur dan kacau lembut.
2. Masukkan susu cair dan gula. Kacau sebati.
3. Masukkan roti yang telah dicarik-carik.
4. Kukus selama 40 minit.
5. Sedia untuk dihidang.

#9 Puding Roti Bunga Telang
Imej via Facebook

Bunga telang memang kadangkala digunakan dalam masakan. Selain kek, anda juga boleh menambahnya di dalam puding roti, memang menarik. Resepi ini dikongsikan oleh Aishah Nasim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

* 5 keping roti (dicarik-carik)
* 1 cawan susu cair
* 1 cawan susu pekat
* 5 sudu gula
* 2 sudu marjerin
* 1 sudu ovalet
* 2 biji telur
* 1 penutup esen vanila

Bahan lain:

* 10 g agar-agar
* 4 cawan air

Cara-cara:
1. Masak dengan api perlahan sampai agar-agar larut.
2. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar. Masak hingga sedikit likat. Kacau selalu.
3. Asingkan adunan dan masukkan pewarna berlainan bagi setiap adunan.
4. Basahkan loyang dan masukkan bancuhan satu-persatu dengan perlahan. Biarkan sejuk.
5. Sedia untuk dihidang.

#10 Puding Roti Pisang
Imej via Facebook

Ingin mencuba resepi puding roti yang lebih menyihatkan? Cuba sahaja resepi ini – puding roti pisang. Resepi ini dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di laman Facebook.

Bahan-bahan:
* ½ buku roti mil penuh
* 4 biji pisang
* 2 biji telur
* 3 biji kurma sebagai pengganti gula
* 1 sudu kecil serbuk penaik
* Susu rendah lemok/almond milk unsweetened no sugar (cukup sekadar nak bagi pengisar pusing)
* Sedikit esen vanila

Cara-cara:
1. Kisarkan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
2. Boleh tabur cip coklat atau serpihan badam di atas adunan jika suka.
3. Bakar sekitar 1 jam pada suhu 180°C.
4. Sedia untuk dihidang.

Artikel Resepi Lain

Selain resepi puding roti, kami juga menulis artikel resepi viral yang patut anda cuba. Jom baca. Oh ya, jangan lupa untuk kongsi dan like artikel kami. Selamat mencuba!

* Resepi Kuih Sagu Gula Melaka
* Resepi Kek Batik