Cara Dan Niat Mandi Wajib Haid Keluar Air Mani

Mandi Wajib adalah kelakukan yang wajib dilakukan bagi mengangkat hadas besar setelah berlakunya salah satu daripada perkara-perkara yang mewajibkan mandi.

6 PERKARA YANG MEWAJIBKAN UNTUK MANDI WAJIB

* Keluar Air Mani / Bersetubuh

Semua ulama sepakat bahawa keluar air mani oleh sebab bermimpi atau dengan sebab syahwat, bersetubuh, keluar dengan tangan atau lainnya, kerana melihat perempuan atau tidak, baik keluarnya dengan lazat atau tidak, keluarnya banyak atau sedikit, walau setitis sekalipun, maka orang itu diwajibkan untuk mandi wajib.

Jika seseorang lelaki bersetubuh dengan isterinya, maka kedua-duanya wajib mandi wajib, walaupun tidak mengeluarkan air mani atau keluarnya air mani suami ke faraj isterinya, selama zakar suami telah berhasil dimasukkan ke faraj isterinya. Begitu jua halnya, apabila zakar telah dimasukkan, kemudian mengecut dan mengecil lalu keluar dengan sendirinya dari faraj isteri, maka keadaan ini juga telah mewajibkan mandi walaupun tiada air mani yang keluar dari zakar suami.

Hair bererti darah yang keluar dari rahim wanita yang sihat tanpa ada sesuatu sebab pada waktu tertentu. Secara umumnya, wanita mula haid ketika telah berusia 9 tahun / 12 tahun dan keatas.

Melahirkan anak. Darah yang keluar sesudah melahirkan anak dipanggil nifas, kerana kelyuar selepas lahirnya satu nyawa.

Melahirkan anak (walaupun anak yang dilahirkan itu tidak basah sekalipun.

Apabila seseorang Muslim meninggal dunia, maka orang Islam yang lainnya berkewajipan untuk memandikannya. Niat untuk memandikan jenazah tersebut menjadi kewajipan orang yang memandikannya. Namun, orang yang mati syahid tidaklah wajib dimandikan.

RUKUN / CARA MANDI WAJIB

Tanpa niat, mandi tidak akan sah menjadi mandi wajib atau sunat. Ia membezakan antara mandi biasa atau mandi wajib mahupun mandi sunat yang lainnya. Seseorang yang akan melakukan mandi wajib, harus berniat menghailangkan hadas besar. Manakala yang ingin melakukan mandi sunar, harus berniat melakukan mandi sunat.

Niat boleh diucapkan dalam hati. Manakala melafazkannya dengan lidah itu lebih digalakkan.

Contoh Lazaf Niat Mandi Wajib

Baca: Bergambar Ucapan Jumat Barakoh Quotes Indah

Baca: Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu

Basuh najis (jika terdapat najis pada badan).

* Membasuh Seluruh Bahagian Luar Tubuh Dengan Air

> Nabi SAW mengambil tiga kali cedukan telapak tangan dan menjiruskannya ke atas kepalanya, kemudian menjiruskan ke seluruh tubuhnya.

Hadis Riwayat Imam al-Bukhari
Tentang mandi atas sebab haid pula,

> Bila perempuan mandi sehabis haidnya, hendaklah ia membuka rambutnya sama sekali, dan digosoknya dengan daun bidara dan air limau, dan bila ia mandi jubub, dituangkannya air itu di atas kepalanya, lalu digosokkannya.

Hadis Riwayat at-Tabrani
PERKARA SUNNAH YANG BOLEH DILAKUKAN SEWAKTU MANDI WAJIB

* Menghadap kiblat
* Membaca bismillah
* Membasuh kedua belah tangan
* Berwuduk
* Menyelai-nyelai rambut
* Membasuh bahagia tubuh belah kanan dahulu, kemudian baru belah kiri.
* Meletakkan kapas di faraj selepas selesai mandi.

> Telah diriwayatkan oleh Aisyah ra. Pernah bertanya seorang perempuan kepada Nabi SAW tentang mandinya sehabis haid, maka perempuan itu ditanya oleh Rasulullah SAW bagaimana caranya ia mandi. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Ambillah sepotong kapas yang telah diberi wangi-wangian, lalu berharum-harumlah engkau dengannya. Berkata pula perempuan itu, bagaimana aku berharum dengannya. Maka, Rasulullah menjawab pula: Suhanallah, engkau berharum-harum dengannya. Aisyah berkata: Maka aku tarik tangannya dan kukatakan padanya: Engkau tutupi dengan bekas-bekas darah.

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim